Bermula jam 1201 pada 01 Feb 2015, harga baru bagi minyak petrol jenis RON95 turun sebanyak 21 sen seliter menjadikannya RM1.70/seliter manakala minyak petrol jenis RON97 turun sebanyak 11 sen seliter menjadikannya RM2.00/seliter. Selain itu, harga baru minyak diesel juga menunjukkan penurunan sebanyak 23 sen seliter menjadikannya RM1.70/seliter. Harga minyak ini diumumkan mengikut sistem apungan terurus yang mula diperkenalkan pada 1 Disember 2014 di mana melalui sistem ini, tiada lagi susidi diberikan ke atas bahan api dan harga runcit yang diumumkan adalah berdasarkan kepada purata harga bulanan minyak mentah dunia.
Penghapusan subsidi bahan api ini telah memberi banyak manafaat kepada negara di mana peruntukan yang disalurkan untuk bantuan subsidi telah dapat disalurkan ke program - program lain yang lebih memberi manafaat terus kepada pengguna / golongan sasar yang lebih layak untuk menerima bantuan subsidi daripada kerajaan.
Dengan penurunan harga minyak ini, seharusnya pengeluar, pengedar, pemborong, peniaga sudah tidak boleh menggunakan alasan kenaikan harga minyak sebagai punca kepada kenaikan harga barang jualan mereka. Seharusnya, harga barang mentah dan barang siap di pasaran diturunkan sebaik sahaja harga minyak ini diumumkan. Tindakan yang tegas harus dikenakan ke atas pengeluar, pengedar, pemborong dan peniaga yang bersekongkol untuk tidak menurunkan harga barang.
Sebagai pengguna, seharusnya kita menggunakan kuasa sebagai pembeli / pengguna untuk terus memboikot barang-barang yang masih di jual dengan harga yang mahal iaitu sama seperti sebelum penurunan harga minyak petrol dan diesel.
No comments:
Post a Comment
PENAFIAN & SYARAT MEMBERI ULASAN
http://www.penjankelakar.blogspot.com
tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini.
PK mengalukan respon pembaca tapi jika yang ditulis tu menyalahi undang-undang dan menyakitkan "hati" pihak tertentu, PK tidak bertanggungjawab. Tanggungjawab TERSEBUT milik pemberi respon sepenuhnya!
Elakkan guna kata-kata kesat, maki hamun tak tentu pasal. "bahasa kita, budaya kita"