January 29, 2015

'Jambatan Emas' - Mercu Tanda Baharu dan Cara Lain Untuk Menikmati Keindahan Sungai

Warga Kuching amnya dan Sarawak khasnya bakal menikmati pembangunan di Tebing Sungai Sarawak. Golden Bridge yang menghubungkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dengan Tebingan Sungai Sarawak akan menjadi mercu tanda baharu bagi landskap di Tebingan Sungai Sarawak yang merupakan kawasan segi tiga emas pembangunan bandaraya Kuching. Projek Golden Bridge sepanjang 400 meter dan lebar 3.25 meter dengan nilai projek RM35 juta ini akan menjadi ikon yang berupaya untuk menambah daya nilai kepada sebuah bandaraya dan juga mampu menjadi buat mulut pelancong dalam negara mahupun luar negara yang berpeluang untuk merasai sendiri keindahan Sungai Sarawak dari Golden Bridge yang akan mula dibuka pada hujung tahun 2015. Pemandangan dan keindahan sungai serta Golden Brigde berkenaan pastinya lebih menarik menjelang waktu malam dengan hiasan lampu - lampu. Laluan ini mudah dilalui oleh pejalan kaki, kereta sorong dan orang kelainan upaya.

Menurut Menteri Muda Pelancongan merangkap Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Datuk Haji Talib Zulpilip, tidak timbul isu di sebalik pembinaan jambatan ini boleh menjejaskan perkhidmatan perahu penambang yang mana sebelum ini merupakan antara daya tumpuan pelancong di bandaraya Kuching, bahkan sebaliknya akan meningkatkan lagi pendapatan mereka. Ini kerana, SEDC bersedia untuk membantu pengusaha perahu tambang terbabit dengan memberi galakan dan modal bagi mencantikkan lagi perahu tambang dalam usaha menarik pelancong mahupun penduduk tempatan menggunakan perkhidmatan mereka. Projek ini dari sudut lain yang lebih bermakna, akan memberi nilai tambah bagi penjanaan ekonomi penduduk dan peniaga di kedua-dua tebingan utara-selatan di Kuching.

Pemberian nama “Golden” adalah bersempena ulang tahun ke-50 Sarawak Merdeka dalam Malaysia selain bertujuan memperingati sejarah kemerdekaan Sarawak. Projek ini juga memberi gambaran unik bagi Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum serta budaya yang dapat hidup makmur. “Jambatan emas” ini turut menjadi ikon yang menghubung dua penduduk “seberang - di sebelahnya masih bercirikan penempatan penduduk dengan beberapa kampung bercirikan kampung tradisional. Pengunjung bandar raya Kuching tentu teruja untuk “menikmati” keindahan dan keunikan Sungai Sarawak bandar raya berbudaya ini melalui pelbagai cara termasuk berjalan di atas jambatan emas ini, selain menaiki sampan dan sebagainya. Dan di sebelah yang satu lagi merupakan bandar dengan premis perniagaan.

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN & SYARAT MEMBERI ULASAN
http://www.penjankelakar.blogspot.com
tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini.
PK mengalukan respon pembaca tapi jika yang ditulis tu menyalahi undang-undang dan menyakitkan "hati" pihak tertentu, PK tidak bertanggungjawab. Tanggungjawab TERSEBUT milik pemberi respon sepenuhnya!
Elakkan guna kata-kata kesat, maki hamun tak tentu pasal. "bahasa kita, budaya kita"