KUALA LUMPUR: Polis menyerbu pejabat kartunis portal dalam talian, Zulkiflee Anwar Alhaque, atau Zunar, dan merampas salinan buku beliau.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata mereka mengunjungi pejabatnya sekitar pukul 10.30 pagi Rabu untuk mengambil kenyataannya.
"Dia tidak berada di situ, kami merampas beberapa buah bukunya untuk siasatan.
"Kes itu disiasat di bawah Akta Hasutan 1948," katanya ketika dihubungi, Rabu.
Sebuah portal dalam talian melaporkan bahawa kartunis itu yang kini berada di London menulis di Twitter: "Polis di pejabat saya dan mencari saya. Tetapi saya kini di London. Jadi mereka mengambil semua buku-buku saya."
Portal itu juga melaporkan bahawa salah satu 'tweet' yang dibuat lebih awal, bertarikh 26 Januari berkata beliau telah dijadualkan untuk bercakap di Universiti Oxford dan Universiti Cambridge.
Dalam 'tweet'nya, Zunar mendakwa 149 buku telah dirampas.
Dalam' tweet' yang lain, dia mengkritik tindakan polis dengan berkata: "Kalau kartun dirasa fitnah, silakan orang yg terasa itu kemuka saman sivil. Tiada Masalah. Saya bantah guna undang2 jenayah seperti akta hasutan." ~ mStar
No comments:
Post a Comment
PENAFIAN & SYARAT MEMBERI ULASAN
http://www.penjankelakar.blogspot.com
tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini.
PK mengalukan respon pembaca tapi jika yang ditulis tu menyalahi undang-undang dan menyakitkan "hati" pihak tertentu, PK tidak bertanggungjawab. Tanggungjawab TERSEBUT milik pemberi respon sepenuhnya!
Elakkan guna kata-kata kesat, maki hamun tak tentu pasal. "bahasa kita, budaya kita"