Parti Pakatan Rakyat tiada
masa untuk turun padang membantu rakyat yang memerlukan bantuan namun ada kesempatan untuk buang masa membuat klip video...
Sumber : Youtube
Video bertemakan "1 Goat Year, 1 Great Family" yang dibintangi oleh AP Seputeh - Teresa Kok, AP PAS Shah Alam - Khalid Samad, Bekas Sasterawan Negara - Datuk A.Samad Said, AP PKR Lembah Pantai - Nurul Izzah, Ahli DAP - Hew Kuan Yau, Pengasas NGO Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) - Cynthia Gabriel dan Pelakon - Lim Jing Miao.
Tahun 2014, Teresa Kok turut terlibat berlakon dalam klip video kontroversi bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' dan tahun 2015, beliau skali lagi terlibat dalam menerbitkan klip video kontroversi yang menyindir dan mengutuk dasar kerajaan Barisan Nasional. Video yang berdurasi ini 5:08 minit menyelitkan sindiran - sindiran yang merujuk kepada peristiwa - peristiwa yang ada kaitan dengan beberapa pemimpin negara tahun ini walaupun beliau masih berhadapan dengan perbicaraan kes klip videonya tahun 2014. Taktik menyindir dan berkias digunakan dalam dialog, grafik, pakaian dan prop dalam klip video berkenaan. Perancangan yang lebih teliti telah diatur oleh team produksi Teresa Kok dalam menghasilkan klip video ini di mana semua skrip dialog mengelak dari menyebut secara langsung mana-mana individu atau tokoh. Mungkin untuk mengelakan diri dari dikenakan tindakan undang-undang. Walau bagaimanapun, bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan sosio-politik negara boleh mengesan dan mengetahui individu yang mereka maksudkan.
Sumber : Youtube
Cubaan demi cubaan dibuat secara berterusan untuk menimbulkan kebencian terhadap Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional. Menjadikan kronisme, rasuah, salahguna kuasa, masalah sosio-ekonomi dan sebagainya untuk terus menghentam pentadbiran kerajaan. Namun, mereka tidak sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa apa yang diperjuangkan dan dibangkitkan itu sebenarnya mereka yang lakukan. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, satu jari arah ke orang itu dan 4 jari lagi menunding ke arah diri mereka sendiri..
Benarlah apa yang dikatakan oleh Pelakon Lim Jing Miao dalam klip video di atas di mana beliau menyatakan bahawa kesemua mereka ini hanya tahu membantah dan mengadu sahaja...
p/s : PK ~ Pakatan Rakyat tak ubah seperti jari telunjuk.. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.. Apa kata anda..??