February 09, 2015

Malam Terakhir..



Sejarah Mungkin Berulang..?! Tanggal 10hb Februari 2015 merupakan tarikh keramat dan amat menakutkan bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pada tarikh itulah keputusan rayuan kes liwat 2 Anwar Ibrahim akan diumumkan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Dalam kes ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantunya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun yang lalu. Kes di siasat di bawah seksywn 377B KK yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Selain itu, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya ini,  beliau akan lucut kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh merujuk kepada Perkara 48(1) (e) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa seseorang MP akan lucut kelayakan jika sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000. 

Dalam berbaki beberapa jam lagi sebelum pengumuman dibuat, Datuk Seri Anwar Ibrahim memanafaatkan masa yang tinggal untuk mengadakan perhimpunan dan Kempen Rakyat Hakim Negara bagi meraih simpati dan bersama-samanya pada esok hari (10hb Feb 2015) di perkarangan Mahkamah Putrajaya. 

Dalam pada itu, rakan sekutu Pakatan Rakyat iaitu Parti Islam Se-Malaysia twlah mengeluarkan arahan rasmi kepada ahli-ahlinya bahawa parti itu tidak menyokong  dan membenarkan ahlinya mengikuti demo Solidariti menyokong DS Anwar Ibrahim kerana perkara berkenaan bukanlah perkara yang ma'aruf. Seterusnya menjelaskan pendirian PAS berhubung penerimaan mereka terhadap apa-apa juga keputusan yang bakal diumumkan oleh hakim bahawa mereka YAKIN dan PERCAYA Sistem KEADILAN Mahkamah di Malaysia. 


PK ~ Anwar hanyalah manusia biasa, tidak kebal di sisi undang-undang. Kenapa bila keputusan memihak kepadanya maka di katakan Sistem Keadilan di Malaysia telus dan adil namun sebaliknya jika keputusan tidak memihak kepadanya maka ia adalah berat sebelah serta cubaan untuk sabotaj dan menjatuhkan beliau. 

#SalahTetapSalah
#LiwatMestiDihukum

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN & SYARAT MEMBERI ULASAN
http://www.penjankelakar.blogspot.com
tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini.
PK mengalukan respon pembaca tapi jika yang ditulis tu menyalahi undang-undang dan menyakitkan "hati" pihak tertentu, PK tidak bertanggungjawab. Tanggungjawab TERSEBUT milik pemberi respon sepenuhnya!
Elakkan guna kata-kata kesat, maki hamun tak tentu pasal. "bahasa kita, budaya kita"