Aktivis Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), Sarawak dan juga Sarawak for Sarawakians - Beng Kor dengan angkuh dan sombongnya mencabar Ketua Polis Negara mengambil tindakan untuk menangkapnya . Kenyataan berkenaan di muat naik pada 3 Feb 2015 melalui laman sosial facebook miliknya iaitu di https://www.facebook.com/SARAWAK4swkians.
Beng Kor yang bermulut celupar dengan mencabar KPN untuk menangkapnya berpunca daripada tindakan yang telah diambil oleh Polis Diraja Malaysia dengan menangkap 9 orang aktivis SSKM Sabah di Balai Polis Tuaran kerana mengedarkan risalah yang berunsur hasutan.
Tindakan Beng Kor ini seolah-olah mahu menarik perhatian dunia ke atas usaha gerakan membawa keluar Sabah dan Sarawak dari Malaysia di mata dunia. Umum mungkin tidak mengetahui bahawa Beng Kor sebenarnya ialah pengamal politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan pernah terlibat secara langsung dengan perhimpunan BERSIH yang dianjurkan di Kuala Lumpur. Berselindung di sebalik badan bukan kerajaan (NGO), Beng Kor dilihat lantang bersuara di laman sosialnya dipercayai sebagai usaha untuk menimbulkan kebencian kepada pemerintahan kerajaan Malaysia agar dapat memberi kredit kepada parti pembangkang menjelang PRN-11 Sarawak.
Pihak berkuasa seperti SKMM dan Polis Diraja Malaysia seharusnya mengambil tindakan yang tegas dan drastik ke atas individu-individu seperti ini yang suka menimbulkan ketidak tenteraman dan provokasi melampau ke atas penguatkuasa undang-undang untuk mengelakkan lebih ramai individu seumpama ini lahir di bumi Malaysia yang aman damai ini.
p/s : PK ~ Beng Kor seorang pengecut, jangan hanya berani menyatakan bersedia untuk ditahan, tp pada masa yang sibuk mencari teman dan tempat perlindungan sbg persiapan jika ditahan oleh pihak berkuasa...
No comments:
Post a Comment
PENAFIAN & SYARAT MEMBERI ULASAN
http://www.penjankelakar.blogspot.com
tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini.
PK mengalukan respon pembaca tapi jika yang ditulis tu menyalahi undang-undang dan menyakitkan "hati" pihak tertentu, PK tidak bertanggungjawab. Tanggungjawab TERSEBUT milik pemberi respon sepenuhnya!
Elakkan guna kata-kata kesat, maki hamun tak tentu pasal. "bahasa kita, budaya kita"