TAIPEI: Sebuah pesawat dengan 58 penumpang terjunam ke dalam sungai di luar Taipei pada Rabu.
10 orang berjaya diselamatkan manakala berpuluh-puluh lagi masih terperangkap di dalamnya, lapor berita televisyen tempatan.
Pesawat TransAsia ATR 72-600 ini sedang terbang dalam satu perjalanan domestik apabila ia terlanggar sebuah jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai, menurut laporan itu.
Kumpulan penyelamat sedang cuba menyelamatkan penumpang yang terperangkap.
Rakaman televisyen menunjukkan pasukan penyelamat berdiri di atas serpihan bangkai pesawat yang besar cuba untuk menarik penumpang keluar dari fiuslaj dengan tali.
Mereka yang telah diselamatkan - termasuk dua kanak-kanak - dibawa ke pantai.
Kesemua 17 mangsa yang terselamat dibawa ke hospital, menurut laporan.
Kemalangan pada kira-kira jam 11:00 pagi (0300 GMT) itu berlaku sejurus selepas pesawat malang tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Songshan di Taipei dalam perjalanannya ke Pulau Kinmen.
Julai lalu, 48 orang terbunuh dalam satu lagi nahas melibatkan pesawat domestik TransAsia yang terhempas ke kawasan perumahan semasa ribut di Pulau Penghu di Taiwan. ~ Astro Awani.
p/s : Jom Kita Boikot Peniaga yang masih berdegil untuk tidak mahu turunkan harga barang.
Countdown ~ 6 hari lagi sblm keputusan perbicaraan kes liwat DS Anwar Ibrahim. #LiwatTetapLiwat
No comments:
Post a Comment
PENAFIAN & SYARAT MEMBERI ULASAN
http://www.penjankelakar.blogspot.com
tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini.
PK mengalukan respon pembaca tapi jika yang ditulis tu menyalahi undang-undang dan menyakitkan "hati" pihak tertentu, PK tidak bertanggungjawab. Tanggungjawab TERSEBUT milik pemberi respon sepenuhnya!
Elakkan guna kata-kata kesat, maki hamun tak tentu pasal. "bahasa kita, budaya kita"