February 12, 2015

Nik Aziz Meninggal Dunia..


12 Feb 2015, Mantan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat kembali kerahmatullah jam 9.40pm di kediamannya Kampung Pulau Melaka Kelantan. 

Arwah sebelum ini dirawat di Wad 2, Delima, HUSM Kubang Kerian, Kelantan dibawa pulang ke rumahnya sebelum meninggal dunia jam 9.40 malam tadi. 

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan pada 13 Feb 2015 jam 10 pagi di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka, Kelantan. 

Didoakan semoga Allahyarham d tempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal aoleh serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Aamiin ya rabbal al aamiin. 

February 11, 2015

Anwar dihukum penjara. Ini konspirasi??

Konspirasi..??
Sabotaj..??
Perbuatan Khianat...??


Ramai dalam kalangan anda mungkin sangat gembira kerana Anwar memasuki penjara. Namun , ja ngan sesekali kita bergembira hanya disebabkan perbezaan ideologi dan landasan politik kita. Ini bukan satu isu politik. 

Sekirannya kita mahu bergembira maka biarlah kegembiraan itu berpaksi kepada fakta , kebenaran dan perundangan. Isu ini adalah satu isu yang melibatkan perundangan tanpa mana - mana elemen politik. Biarlah kegembiraan ini berlandaskan kepada keadilan. 

Anwar dipenjarakan pada hari ini bukan disebabkan beliau adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang. 

Anwar dipenjarakan pada hari atas kesalahan meliwat berdasarkan kepada fakta - fakta perundangan. 

Fakta - fakta Perundangan yang penting

1. Anwar Ibrahim mengatakan beliau ada 14 saksi sebagai saksi alibi tetapi akhirnnya tiada seorang pun yang tampil ke hadapan menjadi saksinya di Mahkamah. 

2. DNA Anwar sememangnya berada di tempat sulit si Pengadu. Jika benar sekalipun konspirasi politik maka ahli politik mana di dunia ini mampu mengambil dan mencuri sperma DNA Anwar untuk dimasukkan ke dalam tempat sulit si Pengadu ? 

3. Video rakaman CCTV sememangnya menunjukkan Anwar sememangnya di tempat dan bangunan kejadian. 

4. Anwar tidak pernah sesekali menafikan Sperma DNA tersebut adalah milik beliau. Beliau juga tidak berani untuk mengambil ujian DNA sampelnya untuk menafikan dakwaan pihak pendakwa. Yang dipertikaikan hanyalah pencemaran DNA sperma Anwar. 

5. Hujah konspirasi politik bukanlah merupakan satu penghujahan yang kukuh di Mahkamah. Di Mahkamah segala - galanya adalah berlandaskan kepada prinsip , hujah , bukti dan fakta PERUNDANGAN. Sekirannya kita mahu melihat dari aspek politik maka kita perlu diingatkan bahawa peguam yang sendiri mewakili Anwar iaitu mendiang Karpal Singh merupakan orang pertama dalam negara yang membangkitkan isu liwat Anwar di Parlimen. 

6. Kes ini seharusnya dilihat dari sudut perundangan dan bukannya melalui naluri dan emosi politik kita. Tidak kira mereka yang dalam BN membenci Anwar atau mereka yang berada dalam PR yang menyokong Anwar. Ini bukan satu perbalahan antara BN vs PR. Isu ini adalah isu perundangan yang melibatkan Pengadu ( Mangsa ) dan Pemangsa. 

7. Kita perlu percaya kepada prinsip perundangan dimana seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikkan bersalah berdasarkan kepada fakta dan prinsip perundangan. Dalam fakta dan prinsip perundangan DNA SPERMA tertuduh sememangnya berada di dalam alat sulit pengadu. Tertuduh sememangnya berada di tempat kejadian pada ketika peristiwa ini berlaku. Kredibiliti tertuduh terjejas apabila membentangkan kes yang mengatakan terdapat 14 saksi alibi tetapi tiada seorang pun yang mampu dihadapkan ke Mahkamah untuk menjadi saksi. Faktor - faktor perundangan sedemikian adalah amat penting untuk membuat sebarang kesimpulan penghakiman. 

PK ~ Hukuman dibuat atas alasan-alasan perundangan.. Ini bukan isu politik, isu isu keadilan jenayah yang dilaporkan oleh mangsa.. Jangan dipolitikkan isu ini kerana yang terlibat ialah Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai mangsa kes liwat. 

February 10, 2015

Update..!!! Anwar dijatuhi hukuman penjara..??


Anwar Dijatuhi Hukuman Penjara..?? 
Fakta Kes Liwat II DS Anwar Ibrahim
6 Tahun Perbicaraan 
68 Kali Penangguhan
39 Kali Rayuan 

Apakah keputusannya..?! Adakah DS Anwar akan kembali ke Mahligainya di Segambut ataupun ke Penjara. 

Gambar-gambar di sekitar perkarangan Mahkamah Putrajaya. 








Anwar Didapati Bersalah..?!

Ha..!!! Anwar didapati bersalah..?! Tanggal 10hb Feb 2015 akhirnya menjelma tiba. Adakah keputusan Rayuan Kes Liwat 2 akan menyebelahi Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun Mohd Saiful Bukhari Azlan. Panel 5 Hakim setelah meneliti segala hujah, fakta dan bukti akan mengumumkan keputusannya hari ini.. 

Nantikan keputusannya...
(akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

PK ~ Kalau DSAI tidak didapati bersalah maka Badan Kehakiman tidaklah dituduh berat sebelah. Allah Maha Mengetahui. 


February 09, 2015

Malam Terakhir..



Sejarah Mungkin Berulang..?! Tanggal 10hb Februari 2015 merupakan tarikh keramat dan amat menakutkan bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pada tarikh itulah keputusan rayuan kes liwat 2 Anwar Ibrahim akan diumumkan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Dalam kes ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantunya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun yang lalu. Kes di siasat di bawah seksywn 377B KK yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Selain itu, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya ini,  beliau akan lucut kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh merujuk kepada Perkara 48(1) (e) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa seseorang MP akan lucut kelayakan jika sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000. 

Dalam berbaki beberapa jam lagi sebelum pengumuman dibuat, Datuk Seri Anwar Ibrahim memanafaatkan masa yang tinggal untuk mengadakan perhimpunan dan Kempen Rakyat Hakim Negara bagi meraih simpati dan bersama-samanya pada esok hari (10hb Feb 2015) di perkarangan Mahkamah Putrajaya. 

Dalam pada itu, rakan sekutu Pakatan Rakyat iaitu Parti Islam Se-Malaysia twlah mengeluarkan arahan rasmi kepada ahli-ahlinya bahawa parti itu tidak menyokong  dan membenarkan ahlinya mengikuti demo Solidariti menyokong DS Anwar Ibrahim kerana perkara berkenaan bukanlah perkara yang ma'aruf. Seterusnya menjelaskan pendirian PAS berhubung penerimaan mereka terhadap apa-apa juga keputusan yang bakal diumumkan oleh hakim bahawa mereka YAKIN dan PERCAYA Sistem KEADILAN Mahkamah di Malaysia. 


PK ~ Anwar hanyalah manusia biasa, tidak kebal di sisi undang-undang. Kenapa bila keputusan memihak kepadanya maka di katakan Sistem Keadilan di Malaysia telus dan adil namun sebaliknya jika keputusan tidak memihak kepadanya maka ia adalah berat sebelah serta cubaan untuk sabotaj dan menjatuhkan beliau. 

#SalahTetapSalah
#LiwatMestiDihukum

February 04, 2015

Terkini..!!! Pesawat TransAsia Terhempas Di Taipei

TAIPEI: Sebuah pesawat dengan 58 penumpang terjunam ke dalam sungai di luar Taipei pada Rabu.

10 orang berjaya diselamatkan manakala berpuluh-puluh lagi masih terperangkap di dalamnya, lapor berita televisyen tempatan.

Pesawat TransAsia ATR 72-600 ini sedang terbang dalam satu perjalanan domestik apabila ia terlanggar sebuah jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai, menurut laporan itu.

Kumpulan penyelamat sedang cuba menyelamatkan penumpang yang terperangkap.

Rakaman televisyen menunjukkan pasukan penyelamat berdiri di atas serpihan bangkai pesawat yang besar cuba untuk menarik penumpang keluar dari fiuslaj dengan tali.

Mereka yang telah diselamatkan - termasuk dua kanak-kanak - dibawa ke pantai.

Kesemua 17 mangsa yang terselamat dibawa ke hospital, menurut laporan.

Kemalangan pada kira-kira jam 11:00 pagi (0300 GMT) itu berlaku sejurus selepas pesawat malang tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Songshan di Taipei dalam perjalanannya ke Pulau Kinmen.

Julai lalu, 48 orang terbunuh dalam satu lagi nahas melibatkan pesawat domestik TransAsia yang terhempas ke kawasan perumahan semasa ribut di Pulau Penghu di Taiwan. ~ Astro Awani. 




p/s : Jom Kita Boikot Peniaga yang masih berdegil untuk tidak mahu turunkan harga barang. 

Countdown ~ 6 hari lagi sblm keputusan perbicaraan kes liwat DS Anwar Ibrahim. #LiwatTetapLiwat

February 03, 2015

Panas..!!!! Beng Kor Mencabar KPN


Aktivis Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), Sarawak dan juga Sarawak for Sarawakians - Beng Kor dengan angkuh dan sombongnya mencabar Ketua Polis Negara mengambil tindakan untuk menangkapnya . Kenyataan berkenaan di muat naik pada 3 Feb 2015 melalui laman sosial facebook miliknya iaitu di https://www.facebook.com/SARAWAK4swkians.


Beng Kor yang bermulut celupar dengan mencabar KPN untuk menangkapnya berpunca daripada tindakan yang telah diambil oleh Polis Diraja Malaysia dengan menangkap 9 orang aktivis SSKM Sabah di Balai Polis Tuaran kerana mengedarkan risalah yang berunsur hasutan. 

Tindakan Beng Kor ini seolah-olah mahu menarik perhatian dunia ke atas usaha gerakan membawa keluar Sabah dan Sarawak dari Malaysia di mata dunia. Umum mungkin tidak mengetahui bahawa Beng Kor sebenarnya ialah pengamal politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan pernah terlibat secara langsung dengan perhimpunan BERSIH yang dianjurkan di Kuala Lumpur. Berselindung di sebalik badan bukan kerajaan (NGO), Beng Kor dilihat lantang bersuara di laman sosialnya dipercayai sebagai usaha untuk menimbulkan kebencian kepada pemerintahan kerajaan Malaysia agar dapat memberi kredit kepada parti pembangkang menjelang PRN-11 Sarawak. 

Pihak berkuasa seperti SKMM dan Polis Diraja Malaysia seharusnya mengambil tindakan yang tegas dan drastik ke atas individu-individu seperti ini yang suka menimbulkan ketidak tenteraman dan provokasi melampau ke atas penguatkuasa undang-undang untuk mengelakkan lebih ramai individu seumpama ini lahir di bumi Malaysia yang aman damai ini. 

p/s : PK ~ Beng Kor seorang pengecut, jangan hanya berani menyatakan bersedia untuk ditahan, tp pada masa yang sibuk mencari teman dan tempat perlindungan sbg persiapan jika ditahan oleh pihak berkuasa...

February 02, 2015

Video Provokasi Terbaru Lakonan Teresa Kok dan Kawan2


Parti Pakatan Rakyat tiada masa untuk turun padang membantu rakyat yang memerlukan bantuan namun ada kesempatan untuk buang masa membuat klip video...

                                                                       Sumber : Youtube

Video bertemakan "1 Goat Year, 1 Great Family" yang dibintangi oleh AP Seputeh - Teresa Kok, AP PAS Shah Alam - Khalid Samad, Bekas Sasterawan Negara - Datuk A.Samad Said, AP PKR Lembah Pantai - Nurul Izzah, Ahli DAP - Hew Kuan Yau, Pengasas NGO Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) - Cynthia Gabriel dan Pelakon - Lim Jing Miao.

Tahun 2014, Teresa Kok turut terlibat berlakon dalam klip video kontroversi bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' dan tahun 2015, beliau skali lagi terlibat dalam menerbitkan klip video kontroversi yang menyindir dan mengutuk dasar kerajaan Barisan Nasional. Video yang berdurasi ini 5:08 minit menyelitkan sindiran - sindiran yang merujuk kepada peristiwa - peristiwa yang ada kaitan dengan beberapa pemimpin negara tahun ini walaupun beliau masih berhadapan dengan perbicaraan kes klip videonya tahun 2014. Taktik menyindir dan berkias digunakan dalam dialog, grafik, pakaian dan prop dalam klip video berkenaan. Perancangan yang lebih teliti telah diatur oleh team produksi Teresa Kok dalam menghasilkan klip video ini di mana semua skrip dialog mengelak dari menyebut secara langsung mana-mana individu atau tokoh. Mungkin untuk mengelakan diri dari dikenakan tindakan undang-undang. Walau bagaimanapun, bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan sosio-politik negara boleh mengesan dan mengetahui individu yang mereka maksudkan. 


                                                                                                       Sumber : Youtube

Cubaan demi cubaan dibuat secara berterusan untuk menimbulkan kebencian terhadap Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional. Menjadikan kronisme, rasuah, salahguna kuasa, masalah sosio-ekonomi dan sebagainya untuk terus menghentam pentadbiran kerajaan. Namun, mereka tidak sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa apa yang diperjuangkan dan dibangkitkan itu sebenarnya mereka yang lakukan. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, satu jari arah ke orang itu dan 4 jari lagi menunding ke arah diri mereka sendiri..

Benarlah apa yang dikatakan oleh Pelakon Lim Jing Miao dalam klip video di atas di mana beliau menyatakan bahawa kesemua mereka ini hanya tahu membantah dan mengadu sahaja... 

p/s : PK ~ Pakatan Rakyat tak ubah seperti jari telunjuk.. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.. Apa kata anda..??



                                                                      


January 31, 2015

Harga Minyak Petrol dan Diesel Turun


Bermula jam 1201 pada 01 Feb 2015, harga baru bagi minyak petrol jenis RON95 turun sebanyak 21 sen seliter menjadikannya RM1.70/seliter manakala minyak petrol jenis RON97 turun sebanyak 11 sen seliter menjadikannya RM2.00/seliter. Selain itu, harga baru minyak diesel juga menunjukkan penurunan sebanyak 23 sen seliter menjadikannya RM1.70/seliter. Harga minyak ini diumumkan mengikut sistem apungan terurus yang mula diperkenalkan pada 1 Disember 2014 di mana melalui sistem ini, tiada lagi susidi diberikan ke atas bahan api dan harga runcit yang diumumkan adalah berdasarkan kepada purata harga bulanan minyak mentah dunia. 

Penghapusan subsidi bahan api ini telah memberi banyak manafaat kepada negara di mana peruntukan yang disalurkan untuk bantuan subsidi telah dapat disalurkan ke program - program lain yang lebih memberi manafaat terus kepada pengguna / golongan sasar yang lebih layak untuk menerima bantuan subsidi daripada kerajaan.

Dengan penurunan harga minyak ini, seharusnya pengeluar, pengedar, pemborong, peniaga sudah tidak boleh menggunakan alasan kenaikan harga minyak sebagai punca kepada kenaikan harga barang jualan mereka. Seharusnya, harga barang mentah dan barang siap di pasaran diturunkan sebaik sahaja harga minyak ini diumumkan. Tindakan yang tegas harus dikenakan ke atas pengeluar, pengedar, pemborong dan peniaga yang bersekongkol untuk tidak menurunkan harga barang. 

Sebagai pengguna, seharusnya kita menggunakan kuasa sebagai pembeli / pengguna untuk terus memboikot barang-barang yang masih di jual dengan harga yang mahal iaitu sama seperti sebelum penurunan harga minyak petrol dan diesel. 

January 30, 2015

Anwar Ibrahim Ditinggalkan




Semakin hari semakin ramai orang-orang kanan dan pengikut setia individu bernama Anwar Ibrahim meninggalkan perjuangan yang menggunakan nama Keadilan namun sebenarnya perjuangan untuk mencapai cita-cita peribadinya iaitu ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Individu-individu yang meninggalkannya merupakan orang yang sama-sama dengannya berjuang bermati-matian terutama era reformasin tetapi kini, suda meninggalkan mereka. 

Ternyata, individu-individu berkenaan sudah matang dan boleh menilai serta memahami bahawa tiada manafaat untuk terus bersama berjuang dengan Anwar Ibrahim. Anda yang masih menyokong Anwar Ibrahim, bila lagi..???

Jom lihat senarai individu yang sudah diberi taufik dan hidayah untuk kembali ke jalan yang benar..


Reformis

1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,
2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,
3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
18. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Christina Liew
19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
21. Bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat

Kerusi Parlimen

1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
3. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
4. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin

Kerusi DUN


1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
6. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam
7. ADUN Bakar Arang di Kedah, Tan Wei Shu





January 29, 2015

Latest Update - Announcement on MH370



ANNOUNCEMENT ON MH370 
BY DIRECTOR GENERAL DEPARTMENT OF CIVIL AVIATION MALAYSIA


__________________________________________________________

INTRODUCTION 

Good afternoon ladies and gentlemen, members of the media. 

1. My name is Azharuddin Abdul Rahman, Director General of the Department of Civil Aviation Malaysia and I am here today in my capacity as the Chairman of the MH370 High Level Technical Task Force (HLTTF).

2. As you are aware, the HLTTF was formed to coordinate technical matters relating to MH370.

BACKGROUND 

3. On 8 March 2014 at 0122 Malaysia Local Time (1722 UTC 7 March 2014), a Malaysian Airlines aircraft, a Boeing 777-2H6ER, registration 9M-MRO and call-sign MH370, lost contact with Air Traffic Control after waypoint IGARI during a transition of airspace between Malaysia and Vietnam whilst en-route to Beijing. 

4. There were 227 passengers, 2 flight crew and 10 cabin crew on board. 

SEARCH EFFORTS 

5. The Search and Rescue mission involved 160 assets inclusive of 65 aircraft and 95 vessels as well as experts from 25 countries. This unprecedented exercise involved aircraft and vessels from the following countries: 

- Australia (4 Aircraft, 2 vessels) 
- Cambodia (4 Aircraft) 
- China (13 Aircraft, 19 vessels)
- India (4 vessels) 
- Indonesia (11 vessels)
- Japan (4 Aircraft) 
- New Zealand (1 Aircraft) 
- Singapore (3 Aircraft, 2 vessels) 
- South Korea (2 Aircraft)
- Thailand (1 Aircraft, 1 vessels) 
- United Arab Emirates (2 Aircraft)
- United States of America (5 Aircraft, 4 vessels) 
- Vietnam (2 Aircraft, 2 vessels) 

6. Other countries unable to send physical assets also provided invaluable support in other ways. Many individuals also stepped up to provide assistance in whatever way they could. 

7. Malaysia is greatly indebted to all the countries and individuals for all the assistance and support received. We offer our heartfelt gratitude for the generosity of response in a dark hour in the history of the aviation industry. 

8. The search and rescue phase was carried out from 8 March 2014 to 28 April 2014 where the search area covered the South China Sea, the Straits of Malacca, the Andaman Sea and the southern Indian Ocean. 

9. Following the announcement by the Australian Government on 28 April 2014, the search and rescue phase transitioned to a search and recovery phase. 

10. On 28 April 2014, the search coordinated by the Australian Maritime Safety Authority (AMSA) moved to an underwater phase led by the Joint Agency Coordination Centre (JACC) and the Australian Transport Safety Bureau (ATSB). Malaysia and China sent their respective experts and assets to assist JACC and ATSB in this phase. 

11. This phase of the search included the use of the Autonomous Underwater Vehicle (AUV) and bathymetry survey capabilities. The Bathymetry Survey has completed covering an area of around 208,000 square kilometres. 

12. The bathymetric survey provided us with critical information on the topography of the sea floor. This information is now assisting in the current ongoing phase which is the underwater search.

13. The underwater search is still ongoing at this time and the exercise is currently being performed by 4 vessels, namely the Go Phoenix, Fugro Discovery, Fugro Equator and Fugro Supporter. To date, the search has covered over 18,600 square kilometres (as of 28 Jan15).

THE DECLARATION 

14. The Governments of Malaysia, China and Australia have spared no expense and resources in the search for MH370. This has been done with the paramount aim to find the aircraft and to seek answers. It has been done in hope of bringing some solace to the families of the passengers and crew on board MH370, which we respectfully refer to as the “next-of-kin”. We have endeavoured and pursued every credible lead and reviewed all available data. Despite all these efforts over the last 327 days (as of 28 Jan 15), the search unfortunately has yet to yield the location of the missing aircraft. 

15. Chapter 1 of Annex 13 to the Convention on International Civil Aviation (commonly referred to as the “Chicago Convention”) and entitled “Aircraft Accident and Incident Investigation” states that the definition of the term “accident” includes “the aircraft is missing”. It also states that “an aircraft is considered to be missing when the official search has been terminated and the wreckage has not been located”. Annex 12 to the Chicago Convention entitled “International Standards and Recommended Practices” for search and rescue, further states that the term “search” refers to an operation to locate persons in distress.  

16. According to the International Civil Aviation Organisation (ICAO), Annex 12 (para 5.5.1) states that search and rescue operations shall continue, when practicable, until all survivors are delivered to a place of safety or until all reasonable hope of rescuing survivors has passed. Further, a note supporting para 5.5.2 states that “Contracting States may require input from other appropriate State authorities in the decision-making process leading to termination of SAR (search and rescue) operations”.

17. It was in compliance with these ICAO Standards in Annexes 12 and 13 that on 28 April 2014, the Australian Maritime Safety Authority (AMSA) advised that the search was transitioning from a search and rescue operation to a search and recovery phase. 

18. Available data suggests that after the transponder ceased transmitting, there was no normal radio or aircraft system (ACARS) communications transmitted or received from the aircraft. Hence, we relied on the only available data, which was the Satellite Communication (SATCOM)/Inmarsat data as well as Aircraft Performance Data. 

19. An analysis of the radar data and subsequent satellite communication (SATCOM) system signaling messages placed the aircraft in the Australian search and rescue zone on an arc in the southern Indian Ocean. This arc was considered to be the location close to where the aircraft’s fuel would have been exhausted. 

20. Based on the analysis of all available evidence and the supporting factual information that I have mentioned, this data supports the conclusion that MH370 ended its flight in the southern Indian Ocean.  

21. Based on the same data, we have concluded that the aircraft exhausted its fuel over a defined area of the southern Indian Ocean, and that the aircraft is located on the sea floor close to that defined area. This is a remote location, far from any possible landing sites. It is also an area with adverse sea conditions with known depths of more than 6,000 metres.

22. After 327 days (as of 28 Jan15) and based on all available data as well as circumstances mentioned earlier, survivability in the defined area is highly unlikely. 

23. It is therefore, with the heaviest heart and deepest sorrow that, on behalf of the Government of Malaysia, we officially declare Malaysia Airlines flight MH370 an accident in accordance with the Standards of Annexes 12 and 13 to the Chicago Convention and that all 239 of the passengers and crew onboard MH370 are presumed to have lost their lives. 

NEXT OF KIN 

24. The Government of Malaysia acknowledges that this declaration of the MH370 accident will be very difficult for the families and loved ones of the 227 passengers and 12 crew on board to consider, much less accept. Thirteen nations have also lost sons and daughters to this tragedy. It is nonetheless important that families try to resume normal lives, or as normal a life as may be possible after this sudden loss. Without in any way intending to diminish the feelings of the families, it is hoped that this declaration will enable the families to obtain the assistance they need, in particular through the compensation process. 

25. The Government of Malaysia also assures the families of the passengers and crew that the search for MH370 remains a priority. The Government of Malaysia, is committed to continue all reasonable efforts to bring closure to this unfortunate tragedy, with the continuing cooperation and assistance of the Governments of China and Australia. 

26. The Government of Malaysia assures that Malaysia Airlines will undertake their responsibilities in relation to the legitimate rights and interests of the next-of-kin as provided under the relevant international instruments and relevant domestic laws, with due consideration to international practice. This includes the fulfilment of the compensation process, whether it is pursued through consultation or through litigation. We further understand that Malaysia Airlines is ready to proceed immediately with the compensation process, with due regard for the readiness of the next-of-kin to take this step.

27. In keeping with our commitments to keep the next-of-kin apprised of the latest developments and pertinent verified information, a special section has been established on the MH370 official website, http://www.mh370.gov.my, solely for the next-of-kin. It includes information on the search and investigation efforts, the compensation process, responses to NOK’s inquiries as well as other forms of assistance that are available to the nextof-kin. It is hoped that this dedicated portal will provide a continuing support system for the next-of-kin.

INVESTIGATION 

28.The “Malaysian ICAO Annex 13 Safety Investigation Team for MH370”, comprising accredited representatives from seven countries is currently conducting its safety investigation. Similarly, the criminal investigation led by the Royal Malaysia Police is also ongoing. 

29.Both investigations are limited by the lack of physical evidence at this time, particularly the flight recorders. Therefore at this juncture there is no evidence to substantiate any speculations as to the cause of the accident. An interim statement detailing the progress of the safety investigation is expected to be released on or around the one year anniversary of the accident. 

CLOSING 

30. We once again express our deepest sympathy to all those who have been affected by this terrible accident. It has been a frustrating time for all who have tried their best in the search for MH370. We have never wavered in our commitment to continue our efforts to find MH370 and bring closure for everyone, most of all for the families of the passengers and crew of MH370. 

31.This declaration is by no means the end. We will forge ahead with the cooperation and assistance of the Governments of China and Australia. MH370, its passengers and its crew will always be remembered and honoured. 

Dato’ Azharuddin Abdul Rahman 
Director General Department of Civil Aviation Malaysia

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Condolences to the victims' families. Hope you all have the strength to face the future life. A big thanks also to all those who have provided assistance during the search and rescue operation is running. May Malaysia continues to be maintained of problems, disasters and catastrophes.

Sejarah Penerbangan Pesawat MAS MH370


Pada MYT 00:41:43 8 Mac 2014 (Sabtu), MH370 berlepas dari Landasan 32R di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam jadual penerbangan ke Beijing, China.

Pada MYT 00:42:07, MH370 diberi kebenaran untuk naik ke Paras Penerbangan (FL) 180* dan diberi kebenaran meneruskan penerbangan oleh LUMPUR APPROACH di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) ke waypoint IGARI. MH 370 dipindahkan kepada LUMPUR RADAR di KLATCC pada MYT 00:42:52.


Penerbangan itu kemudian diberikan kebenaran untuk naik ke paras FL 250 pada MYT 00:46:51 MYT dan kemudiannya ke paras FL 350 pada MYT 00:50:06. MH370 dilaporkan kekal pada paras FL 350 pada MYT 01:01:16 MYT dan sekali lagi dilaporkan kekal pada paras FL 350 pada MYT 01:07:55.


* Pada ketinggian di atas 11,000 kaki di Malaysia, paras ketinggian pesawat di atas paras laut dirujuk sebagai Paras Penerbangan(FL). 180 FL bersamaan dengan 18,000 kaki.

Pada MYT 01:19:24, LUMPUR RADAR di KLATCC mengarahkan MH370 supaya menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara HO CHI MINH (HCMATCC) pada frekuensi radio 120.9 MHz. MH370 memaklumkan dengan "selamat malam Malaysia Tiga Tujuh Kosong".

Pada MYT 01:21:04, MH370 dikesan pada skrin radar di KLATCC semasa ia melalui waypoint IGARI. Pada MYT 01:21:13, label radar bagi MH370 hilang daripada skrin radar di LUMPUR RADAR KLATCC.

Pada MYT 01:38, HCMATCC bertanya kepada KLATCC mengenai kedudukan MH370. Selepas itu KLATCC memulakan usaha dengan melibatkan Pusat OPS MAS, ACC Singapura, ACC Hong Kong dan ACC Phnom Penh untuk menentukan lokasi MH370. Tiada perhubungan dibuat dengan mana-mana unit ATC dan dengan itu Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) diaktifkan pada MYT 05:30.

Kemudiannya disahkan bahawa transmisi daripada Sistem Komunikasi dan Pelaporan Pesawat (ACARS) menerusi sistem komunikasi satelite telah berlaku mengikut selang waktu secara konsisten sebelum MH370 berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia pada MYT 12:56:08 dan komunikasi terakhir direkodkan pada MYT 01:07:49.

Pesawat ini membawa 239 orang penumpang termasuk 12 anak kapal. 

Kesemua anggota anak kapal merupakan warganegara Malaysia.
Kapten : Zaharie Ahmad Shah (53 tahun) berasal dari Pulau Pinang. Mempunyai pengalaman 18,365 jam penerbangan.

Pegawai Pertama : Fariq Abdul Hamid (27 tahun). Mempunyai pengalaman 2,763 jam penerbangan.


Analisis Lokasi Terakhir MH370

Pada 24 Mac 2014, analisis selanjutnya terhadap data satelit Inmarsat, menggunakan perubahan dalam isyarat frekuensi komunikasi satelit (isyarat menggunakan Doppler Effect), menunjukkan bahawa MH370 telah terbang di Koridor Selatan dan penerbangannya berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi.

Penyiasatan diteruskan dengan menganalisis data satelit dan prestasi pesawat untuk memperhalusi dan mengenal pasti kawasan tempat pesawat itu berakhir.

Sehingga kini, sebanyak 26 negara turut serta dalam usaha mencari MH370 membabitkan 82 pesawat dan 84 kapal.

Projek Berbumbung Lebuh India, Kuching - Inisiatif Kerajaan Barisan Nasional

Ahli Dewan DBKU Datuk Wee Hong Seng menunjukkan lukisan laluan berbumbung di Lebuh India kepada Abang Abdul Wahap.
Satu lagi projek pembangunan di bawah inisiatif kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak untuk kemudahan dan manafaat pengunjung di Lebuh India (India Street) Kuching. Inisiatif ini dibangunkan melalui projek pembangunan infrastruktur Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk memberi keselesaan kepada pengguna yang mengunjungi bazaar di Lebuh India yang terkenal dengan beraneka jualan barangan termasuk pakaian, makanan, keperluan rumah dan sebagainya selain menikmati sendiri keindahan bangunan - bangunan lama yang masih mengekalkan keaslian serta nilai - nilai sejarah. 

Selain dari reka bentuk yang cantik, menarik dan moden, projek yang bernilai RM4.3 juta ini juga menekankan aspek - aspek keselamatan, pencegahan kebakaran, pengudaraan yang kondusif, pencahayaan dan nilai - nilai sejarah. Ini merupakan antara salah satu inisiatif kerajaan Barisan Nasional untuk menarik pelancong untuk datang ke Sarawak. Selain itu, projek ini juga menyokong konsep kitar semula dan teknologi hijau yang mana projek berbumbung ini mempunyai sistem penyimpanan air hujan. Projek ini dijangka siap pada Jun 2015. 


Perkembangan Terkini Kehilangan Pesawat MH370

Satu pengumuman khas mengenai perkembangan terkini kehilangan Pesawat Malaysia Airlines MH370 akan dibuat pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 29 Januari 2015 (Khamis)
Jam     : 03.30 Petang

Saksikannya secara langsung di rangkaian television malaysia
( rtm, tv3, tv9, ntv7, tv8 ).

Kemaskini.
4:05 pm - Sidang Media Pesawat MH 370 dibatalkan - Jabatan Penerbangan Awam.

'Jambatan Emas' - Mercu Tanda Baharu dan Cara Lain Untuk Menikmati Keindahan Sungai

Warga Kuching amnya dan Sarawak khasnya bakal menikmati pembangunan di Tebing Sungai Sarawak. Golden Bridge yang menghubungkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dengan Tebingan Sungai Sarawak akan menjadi mercu tanda baharu bagi landskap di Tebingan Sungai Sarawak yang merupakan kawasan segi tiga emas pembangunan bandaraya Kuching. Projek Golden Bridge sepanjang 400 meter dan lebar 3.25 meter dengan nilai projek RM35 juta ini akan menjadi ikon yang berupaya untuk menambah daya nilai kepada sebuah bandaraya dan juga mampu menjadi buat mulut pelancong dalam negara mahupun luar negara yang berpeluang untuk merasai sendiri keindahan Sungai Sarawak dari Golden Bridge yang akan mula dibuka pada hujung tahun 2015. Pemandangan dan keindahan sungai serta Golden Brigde berkenaan pastinya lebih menarik menjelang waktu malam dengan hiasan lampu - lampu. Laluan ini mudah dilalui oleh pejalan kaki, kereta sorong dan orang kelainan upaya.

Menurut Menteri Muda Pelancongan merangkap Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Datuk Haji Talib Zulpilip, tidak timbul isu di sebalik pembinaan jambatan ini boleh menjejaskan perkhidmatan perahu penambang yang mana sebelum ini merupakan antara daya tumpuan pelancong di bandaraya Kuching, bahkan sebaliknya akan meningkatkan lagi pendapatan mereka. Ini kerana, SEDC bersedia untuk membantu pengusaha perahu tambang terbabit dengan memberi galakan dan modal bagi mencantikkan lagi perahu tambang dalam usaha menarik pelancong mahupun penduduk tempatan menggunakan perkhidmatan mereka. Projek ini dari sudut lain yang lebih bermakna, akan memberi nilai tambah bagi penjanaan ekonomi penduduk dan peniaga di kedua-dua tebingan utara-selatan di Kuching.

Pemberian nama “Golden” adalah bersempena ulang tahun ke-50 Sarawak Merdeka dalam Malaysia selain bertujuan memperingati sejarah kemerdekaan Sarawak. Projek ini juga memberi gambaran unik bagi Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum serta budaya yang dapat hidup makmur. “Jambatan emas” ini turut menjadi ikon yang menghubung dua penduduk “seberang - di sebelahnya masih bercirikan penempatan penduduk dengan beberapa kampung bercirikan kampung tradisional. Pengunjung bandar raya Kuching tentu teruja untuk “menikmati” keindahan dan keunikan Sungai Sarawak bandar raya berbudaya ini melalui pelbagai cara termasuk berjalan di atas jambatan emas ini, selain menaiki sampan dan sebagainya. Dan di sebelah yang satu lagi merupakan bandar dengan premis perniagaan.

Pejabat Kartunis Zunar Diserbu Polis.



KUALA LUMPUR: Polis menyerbu pejabat kartunis portal dalam talian, Zulkiflee Anwar Alhaque, atau Zunar, dan merampas salinan buku beliau.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata mereka mengunjungi pejabatnya sekitar pukul 10.30 pagi Rabu untuk mengambil kenyataannya.

"Dia tidak berada di situ, kami merampas beberapa buah bukunya untuk siasatan.

"Kes itu disiasat di bawah Akta Hasutan 1948," katanya ketika dihubungi, Rabu.

Sebuah portal dalam talian melaporkan bahawa kartunis itu yang kini berada di London menulis di Twitter: "Polis di pejabat saya dan mencari saya. Tetapi saya kini di London. Jadi mereka mengambil semua buku-buku saya."

Portal itu juga melaporkan bahawa salah satu 'tweet' yang dibuat lebih awal, bertarikh 26 Januari berkata beliau telah dijadualkan untuk bercakap di Universiti Oxford dan Universiti Cambridge.

Dalam 'tweet'nya, Zunar mendakwa 149 buku telah dirampas.

Dalam' tweet' yang lain, dia mengkritik tindakan polis dengan berkata: "Kalau kartun dirasa fitnah, silakan orang yg terasa itu kemuka saman sivil. Tiada Masalah. Saya bantah guna undang2 jenayah seperti akta hasutan." ~ mStar